Ticker

6/recent/ticker-posts

UJIAN DIAGNOSTIK TINGKATAN 1 DI SMK CHINTA MATA


Tenom, 18 Februari 2025 – SMK Chinta Mata telah mengadakan ujian diagnostik bagi pelajar Tingkatan 1 sebagai langkah awal untuk menilai kebolehan akademik mereka. Seramai 85 pelajar telah terlibat dalam ujian ini yang merangkumi empat subjek utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik.

Tujuan utama ujian ini adalah untuk mengukur tahap pemahaman serta kecekapan pelajar dalam setiap subjek sebelum mereka ditempatkan dalam kelas yang sesuai mengikut kebolehan masing-masing. Keputusan ujian ini akan dijadikan asas dalam penentuan kedudukan kelas bagi memastikan setiap pelajar menerima pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka.

Pihak sekolah berharap ujian diagnostik ini dapat membantu dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar agar langkah susulan dapat diambil untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka sepanjang tahun persekolahan.

Berikut gambar Murid ketika mengambil Ujian tersebut.


















Post a Comment

0 Comments