16 Januari 2025 - Telah menjadi rutin tahunan pada setiap akhir tahun, aktiviti sukan yang dikelolakan oleh unit sukan sekolah akan diadakan sebagai pengisian kepada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Pada ketika ini biasanya pelajar telah pun selesai menjalani peperiksaan Akhir Tahun bagi tingkatan 4 dan UASA bagi tingkatan 1 hingga 3.
Antara aktiviti sukan permainan yang telah dirancang ialah permainan bola jaring dan bola tampar. Guru unit sukan yang terlibat mengelolakan aktiviti ini ialah Cikgu Dayang, Cikgu Rabiatul Adawiyah dan Cikgu Zulfakar. Guru lain turut membantu membuat persiapan.
Terdapat 5 pasukan wanita yang bertanding bagi permainan bola jaring, manakala 6 pasukan lelaki bagi permainan bola tampar. Penyertaan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap peserta wajar diberikan pujian. Semoga aktiviti seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.
0 Comments