15 Januari 2025 - Seperti pada tahun sebelumnya, aktiviti sukan antara pelajar akan diadakan di penghujung sesi persekolahan. Selain sebagai pengisian aktiviti sekolah, sukan ini juga memupuk semangat kesukanan serta kerjasama dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sahaja, memandangkan pentaksiran UASA telah pun selesai.
Antara sukan permainan yang dipertandingkan dalam aktiviti ini ialah bola tampar dan bola jaring. Setiap kelas akan membentuk pasukan masing-masing bagi merebut hadiah lumayan yang telah disediakan.
Aktiviti ini dikelolakan oleh Unit Sukan diketuai oleh PK Kokum, Encik Jesen Anthony dan dibantu oleh cikgu Dayang, Cikgu Rabiatul dan Cikgu Zulfakar. Guru lain turut membantu membuat persediaan dan persiapan aktiviti ini.
![]() |
![]() |
Guru menyaksikan perlawanan bola jaring antara kelas |
0 Comments