Ticker

6/recent/ticker-posts

NILAM - Bicara Buku 2024

Program NILAM di SMK Chinta Mata diadakan pada setiap minggu bersamaan dengan hari selasa iaitu semasa perhimpunan harian.

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan program galakan membaca yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Program ini mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan telah mengalami beberapa perubahan dari segi pelaksanaan dan penilaian.

Guru penyelaras bagi Program ini ialah Cikgu Shasheila Sheril di bantu dengan guru-guru pusat sumber sekolah. Guru penyelaras akan menentukan pada setiap minggu murid atau tingkatan yang akan mengongsikan hasil bacaan mereka di hadapan pelajar lain.

Matlamat utama program ini adalah untuk:

  1. Membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid.
  2. Meningkatkan literasi maklumat dan tahap kefahaman membaca.
  3. Membantu murid mengembangkan kemahiran berfikir, memahami, dan menghayati bahan bacaan.
  4. Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber bacaan, termasuk bahan digital.
















Post a Comment

0 Comments