4 September 2023 - Kumpulan tarian Sechinta Squadra di beri penghargaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN) yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Sijil tersebut di sampaikan dalam majlis Road To Singkowoton 1.0 yang berlangsung di Dewan SJKC Tsi Tsin , Tenom.
Penghargaan tersebut diberikan susulan pencapaian kumpulan tari SMK Chinta Mata, Sechinta Squadra mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi Gold Medal bagi kategori Formasi Trio Dewasa, dan pingat Gangsa atau Bronze Medal bagi kategori formasi junior berkumpulan. Untuk pengetahuan Sechinta Squadra menghantar 2 pasukan dalam pertandingan tersebut yang diadakan di Aram Nuri Opera Hall, Gyeonggi, Korea Selatan pada 4hb hingga 7hb Ogos 2023.
Angota bagi kumpulan TRIO dance dianggotai oleh adik Ezra Januri, Alfianah Ampun dan Ester Koro. Manakala bagi tarian berkumpulan dianggotai oleh adik Fedly Jawani, Inahwati Asau, Rohanisaester Jainus, Irysta Kristine dan Raynealzen. Guru pengiring yang mengiringi kumpulan ini diketuai oleh Cikgu Shasheila Sheril, puan Mary Jane Jefry dan En John F. Turut serta dalam rombongan itu ialah, pegawai PPD Tenom Rodolf Arat Dan Stella Bibis, serta koreografer Earl Steiner.
World Dance Festival 2023 atau IDO (International Dance Organization festival), turut disertai oleh negara-negara seperti Jepun, Mongolia, Filipina, Kazakhstan ,Indonesia dan banyak lagi.
Manakala dalam majlis penganugerahan tersebut, sekali lagi kedua-dua kumpulan tari ini mempersembahkan tarian yang menjadi kemenangan mereka sekaligus memukau perhatian para hadirin .
![]() |
Dari kiri: Adik Ezra Januri, Alfianah Ampun Dan Ester Koro |
![]() |
Dari kiri: Adik Fedly Jawani, Rohanisaester, Irysta Krystine,Inahwati Asau Dan Raynealzen. |
0 Comments